Translate

Monday, 13 April 2015

Macam mana mau pigi Tambunan dari Kota Kinabalu

Hi, 
apa khabar semua kawan-kawan?

Hari Isnin ni (13-04-2015) biasalah tu, hari pertama sekolah/kerja, rasa macam tidak mau pigi (pergi) saja kan. Apa pun, kita kena bersemangat juga teruskan kerja harian. Kalau tidak kerja, macam mana mau dapat duit kan? Kalau anak menteri, lain cerita lah. Lagi-lagi harga barangan sekarang meningkat, gaji menteri juga meningkat. Huaaa.... 

Tidak apa lah kan, janji kerja yang kita buat tu halal. Bersyukurlah nak. 

Ruangan kali ini, AL mau kongsikan macam mana tu mau pigi Tambunan dari (KK) Kota Kinabalu. Naik kapal terbang? Naik kapal selam? bot? basikal? uik.  
Untuk pengetahuan kawan-kawan, cuma ada EMPAT sahaja Lapangan Terbang di Sabah sehingga hari ini. 

  1. Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI)
  2. Lapangan terbang Lahad Datu (LD)
  3. Lapangan terbang Sandakan (SDK)
  4. Lapangan terbang Tawau (TWU)
So, kembali kepada macam mana kita mau pigi Tambunan dari KK, lokasi pengangkutan adalah terletak di Terminal Bandaran. Terminal ini terletak berhampiran dengan Padang Merdeka. Terminal ini menyediakan pengangkutan khasnya ke kawasan pedalaman dan kawasan pantai barat Sabah seperti- Tenom, Keningau,Ranau,Papar, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Keningau etc. 




Toyota unser 4WD
-Kapasiti 7 orang
-Tambang RM 18*
-Masa bertolak (pagi;7.00am-petang; jam 5.30pm)**

Teksi
-Kapasiti 4 orang
-Tambang RM 20*
-Masa bertolak (pagi;7.00am-petang; jam 5.30pm)**

Van
-Kapasiti 10 orang
-Tambang Rm 18*
-Masa betolak- tidak tetap. Kadangkala tiada van. 

*Tambang tertakluk kepada peningkatan harga minyak.
** Masa tertakluk kepada permintaan penumpang/ cuti 

HATI-HATI! Pastikan kenderaan yang kamu naiki mempunyai label khidmat pengangkutan pada kenderaan tersebut.

Kepada para penumpang, untuk keselataman sila ambil No. Flat kenderaan, No telefon pemandu (biasanya ada dilekatkan dalam/luar kenderaan) dan hantarkan text kepada rakan/ keluarga anda. In case kamu diculik (& yang sama waktu dengannya), kamu tahu kamu ada seseorang untuk membantu anda. 


Thank you atas kesudian membaca post ini, harap dapat membantu.
Selamat malam! 

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts in 1 Borneo

Haii semua, 
Harap semua kita sihat-sihat saja, walaupun cuaca panas, 
Yes! Seriously freakin' hot here in Sabah right now. 

Ruangan kali ini AL (Amey Leah) ingin membincangkan (amboi?) tentang Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) yang pada saat ini semakin mendapat penyertaan dan sokongan daripada anak muda Malaysia.

AL berkesempatan untuk melihat secara langsung penilaian MIMMA yang telah diadakan di 1 Borneo pada 11 & 12 April 2015. Waww! gedebak geedebuk tengok orang berlawan.. Nak kata siapa menang, ini cuma penilaian bukan pertandingan. 


Proses-proses penilaian (sumber: http://malaysianinvasion.com/joining-mimma)

Tryouts will be done in 3 stages.
  1. Grappling Session 
    Two competitors will be allowed two minutes to showcase their grappling skills to our grappling judges.
  2. Striking Session 
    You will be allowed one minute to showcase your striking skill through padworks to our striking judges.
  3. Cage Sparring
    The final two minutes of the tryouts. You will be sparring in the MIMMA Cage with another contestant for two minutes



Para penilai


Penilaian #1 Grappling session

Penilaian #1 Grappling session

Ann Athena Osman, First Malaysian Female MMA Fighter

Memang best lah tengok diorang ni tunjukkan kebolahan ddan semangat diorang. Walaupun tidak berjaya terpilih namun teruskan usaha ya. Practice makes perfect!

Untuk info lebih lanjut, klik sini

Thank you sbb sudi baca ruangan kali ini. 




Everyday is a chance to get better
-Anonymous

6 perkara yang perlu kamu tahu tentang slang Sabah.


Macam mana bah slang orang Sabah ni?
Macam mana mau tau ni orang Sabah kah inda?
Macam sama saja bahasa diorang ni sama orang Indon. 
Tidak sama meh?

Soalan di atas sering kali diajukan oleh orang yang bukan lahir/ menetap di Sabah. Soalan ni akan AL (penulis) jawab berdasarkan pengetahuan/pengalaman saya secara peribadi. Sila ambil perhatian bahawa slang Sabah yang dibincangkan ini tidak sama dengan bahasa ibunda. 

1.Bah

Perkataan bah sememangnya umum digunakan oleh masyarakat Sabah dalam perbualan harian. Harus diingatkan bahawa bah di sini bukan merujuk kepada banjir (Bahasa Indonesia).  Penggunaan bah adalah  bergantung kepada maksud ayat dan emosi yang ditunjukkan (marah, penegasan, gurauan, soalan).

Contoh:

i) Mana bah ko pigi ni? (Awak hendak pergi ke mana?)
ii) Iya lah bah. (Iya, iya)
iii) Kau sudah makan bah. (Awak dah makan lah)
iv) Bah, bah. (okay).
v) Tidak bah. (selalunya berbentuk gurauan atau pujukan, bunyi bah dipanjangkan- baaaah)

Meskipun begitu, perkataan ini tidak ngam (sesuai) dengan semua ayat terutamanya ayat berbentuk soalan.

Contoh ayat:
i) Kau sudah makan kah bah? (sepatutnya kau sudah makan kah?)
ii) Kau sendiri bah? (sepatutnya Kau sendiri saja?)
iii) Terima kasih bah. (sepatutnya Bah, terima kasih)

Jadi, jangan sembarang (hantam) saja guna bah. Lain-lain (janggal) tu bunyinya kalau tidak ngam. Untuk penggunaan bah yang lebih kreatif, klik sini.

2. Bahasa singkatan


Tak, kita tak guna bahasa singkatan. Faham tak? Ye ker tak  faham?
Ya, kebanyakan bahasa singkat yang digunakan di Semenanjung tidak digunapakai di Sabah. 

Contoh (Semenanjung vs Sabah):
  1. ya-Iya
  2. dah-sudah
  3. tak-tidak/ ndak/ inda
  4. Nak-mahu/ mau
  5. Lagi- lae (beberapa tempat-Tambunan,Ranau)
Contoh ayat:
Semenanjung- "Aku tak nak keje kat tempat tu lagi la"
Sabah            -"Saya tidak mau keja di tampat tu lagi oh"


3. Oh!

Oh! digunakan oleh masyarakat Sabah bukanlah semata-mata untuk mengekspresikan perasaan terkejut. Fungsi Oh sama seperti lah iaitu sebagai pelengkap bahasa, namun penggunaannya agak berbeza. Selain dibunyikan Ohhhh.... (i see), perkataan ini lebih kepada "bunyi kesian".

Contoh ayat:
Jasmine: Peggy, kau ada kah novel Suamiku Mr.Perfect 10? Saya mau pinjam.
              (Peggy, awak ada tak novel Suamiku Mr.Perfect 10? Aku nak pinjam.)
Peggy  : Teda ooo...
              (Takde la)

Perkataan pelengkap lain Tambunan/ Ranau 
gia-"Berapa gia kau bagi saya duit tadi tu?" (Berapa jumlah duit yang kamu bagi saya tadi?)

beh-"Buruk beh yang jalan cerita dia" (Buruklah jalan cerita dia)

meh-"Ada meh kau bagi saya duit tadi?" (Adakah kamu bagi saya duit tadi?)


Perkataan pelengkap lain penampang

Mai- "Kau tingu mai tu nah orang" (Awak tengok orang tu sana)

4. Saya,sia sya/ Kau, ko/ kita


Kebanyakan kawan yang datang dari Semenanjung memberitahu bahawa mereka agak terkejut dengan kata ganti diri yang digunakan di Sabah. Ini kerana kata ganti diri yang digunakan agak kasar (rude). Berbanding di Sarawak yang menggunakan bahasa ibunda kamek, kitak, orang Sabah lebih selesa dengan saya, sia, sya, ko, kau. Bagaimanapun, penggunaan ini hanya terpakai di beberapa buah kawasan sahaja. Orang Sandakan, Tawau, Telupid dan Sandakan biasanya menggunakan kata ganti diri aku. 

Kita
Selain merujuk kepada penggunaan asal (digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang keduakita digunakan untuk menggantikan nama diri seseorang yang belum dikenali. Hakikatnya, penggunaan ini agak membingungkan orang baru yang sampai di Sabah kerana pemahaman yang salah dan lucu.

Contoh ayat:
Pemandu teksi: Kita mau pigi mana? (Maksud: Kamu nak pergi ke mana?)

Penyambut tetamu: Kita mau tidur mana malam ni? 
                                (Maksud: Kamu nak tidur di mana malam ni?)

*Masalah kalau penyambut tetamu tu perempuan, yang ditanya tu lelaki. Paniklah lelaki tu!  
Kalau agak-agak sudah lupa apa tu kata ganti diri,klik sini

5. Antara bunyi dan maksud


Memang. Orang Sabah suka mengungkapkan jarak/tahap sesuatu itu berdasarkan kepada kepanjangan perkataannya.

Contoh:

Tidak jauh: sana
Jauh: Saaaaana
Sangat jauh: Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanaa

Susah: susah oh!
Sangat susah: Suuuuuuuuuusah oh!

6. Bahasa ekstra

akun-menyerah diri
ampai-letak
anduu bah-kesian
bangas-lemau (makanan), lesu (orang)
beliau-bapa
bibiran-banyak cakap
bida-hodoh, buruk
bikin panas-membuatkan orang marah
bilang-cakap
bisuk-esok
bos-siapa-siapa yang tidak dikenali (tauke kedai makan, driver etc)
bubut-kejar
budu/ palui- bodoh
cewek-gadis/teman wanita
cincai-tidak teratur, kerja tidak berkualiti
gete-lucah, pervert
jamban-tandas
kasitau-beritahu
kepanas-baran
limpang-baring
limpas-lalu
mangkali-mungkin
memanas-marah
mintapuji/begaya- gedik, melebih-lebih
miring-senget (benda)/ gila (orang)
ngam-ngam-cukup, tepat, kebetulan
ngam-sesuai
ping (minuman)- sejuk/ais
sandi-buruk, teruk
sembarang-hantam
silaka-celaka
siuk/ siok-seronok
sot-gila-gila
tembirang-tipu

Sangat banyak ya. Namun jangan salah erti, ini bukan bahasa ibunda etnik tertentu. 
AL akan perbaharui info ini dari masa ke masa.

Thank you sbb sudi baca post kali ini. :)
Sebarang kritikan atau komen, sila tinggalkan di ruangan bawah ya. 


There was a lot of music in our hometown
-Noah Smith


Tuesday, 29 January 2013

Pertama kali ke Semenanjung Malaysia



18-26/01/2013 





Semasa tahun kedua pengajian, kawan baik sekelas telah menjemput saya ke kenduri kahwin kakaknya di Semenanjung. 

Wahh!! 
Wahhh!!
Wahhhhh!!
Begitulah perasaannya time tu.Semuanya terasa amat seronok dengan suasana dan pengalaman baru. Terlalu gembira sampai macam tak percaya dah menjejakkan kaki ke Semenanjung. Sampai begitu sekali?!


Okay, dipendekkan cerita, saya tinggal di rumah opah kawan di  Bandar Sri Sendayan, Negeri sembilan. Meskipun keluarga kawan saya tu sangat mesra, namun perasaan janggal tu ada juga. Maklumlah belum biasa. Macam time nak masak tu...nak tolong ke tak... tak tolong nanti dikata malas, nak tolong tapi tak tau nak buat apa...serba tak kena.

Tempoyak.
Haa.. bila cakap pasal makan ni, teringat pula tempoyak di sana.. Kawan yang tinggal Semenanjung mesti tak asing lagi perkataan ni. Kawan-kawan yang belum tau tempoyak ni apa, tempoyak ni isi durian yang diperam. Sedaaaap sangat. Campur dengan bilis dan lada yang telah ditumbuk separuh lumat. Aduh. Memang sesuai menjadi makanan pembuka selera. Tempoyak dimakan bersama ulam-ulaman. Yang berminat untuk mencuba boleh buka link ni. Kakak Norlie ni akan ajar camna nak buat tempoyak.Wajibbbb try!! 

dengan kawan &pengantin
Kisah lucu.
Ini adalah kisah yang terjadi pada jam 10am (19/01/13)

Pengantin lelaki (dari Kuantan, Pahang) telah tiba. Sepatutnya majlis akad nikah belangsung jam 10am tapi imam belum sampai-sampai lagi. Hmmm....mana pulak pak imam pegi nii..

Ayah pengantin dah berjalan ke hulu ke hilir, gudah gulana hatinya. Sekejap ada, sekejap tiada. Amboiii.. macam chips more

Sekali beliau datang "Maaf ya semua. ada salah faham di sini. Pak imam ingatkan jam 10pm akad nikah, rupanya kenduri lain.
Amboi2 pak imam. jam 10pm akad nikah? Orang dah nak tidur time tu tau.

'Aku terima nikahnya'
Saya bersama 2 orang kawan memberi 'goodies' kepada tetamu perasan yang staff katering di situ merenung saya dari jauh. Ini bukan kes perasan tau. 

Tiba2 staff katering di situ menghampiri saya sambil bertanya,

"kak, kak orang sabah ke?'
"ya" 
"umur berapa?" 
"21" 
"nama?"

uikkk... laju ja kaki ni melangkah meninggalkan diorang. Minta maaf lah ye, hati terguris tau kena panggil kakak. hahaha ~~~ 

Selepas 2 kawan saya pulang ke Perak, tinggalah diri ini di Seremban. Kawan tu sebenarnya dari Penang, tapi oleh kerna rumahnya rumah flat jadi agak susah hendak membuat kenduri. Yalah,mana nak letak kem bagai kan??

Gilaa~rupanya saya jadi pendiam di sini. 
Sebab....saya tak tau nak cakap loghat sini. aduhh...hai. Tapi takpa, tak dapat cakap, angguk geleng pun jadilah ye. hmm...
Then, part bestny bila famili kawan saya ni bawak jenjalan kat SEREMBAN2. 

Yeayyy!!

At least tidak berkurung dalam rumah saja. 

Tangki air pun digambar
Foot reflexology di Taman Rekreasi Sendayan




Lepas tu pada 26/01/13 kitaorang g pahang... 



 26-27/01/13


Kuantan, Pahang (Peta)

kad undangan perkahwinan
Kak long kawan saya ni sebenarnya tengah sarat mengandung anak pertama.. 9 bulan lebih. Haaa... yg kahwin tu kak ngah. Dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki ke Kuantan jam 3pm, kitaorg naik keta lain, kak long keta lain. Kak ngah ngan pengantilelaki pula kat depan... pastu boleh pula salah jalan. 

Hahahahaa..
Tapi rupanya salah jalan tu ada maksud lain.... 
Kak long dah rasa nak bersalin kat toilet 
Panggil ambulan mari. 
Nurse pulak marah " Dah cukup bulan, tak payah lah nak jalan jauh".
Hantar di hospital putrajaya.

Lebih kurang jam 6.30 terdengar lah suara bayi. PEREMPUAN..syukur. Selamat dilahiran.

Then, kitaorang teruskan perjalanan ke kuantan. Kesian kak long, tak dapat pergi sama. 



 29/ 01/ 201BALIK KK



until next time!


Every woman deserves a man who loves and respects her, 
and every man deserves a woman who appreciates his efforts.
-Pamela Mosley David-

  

Thursday, 18 October 2012

Switzerland of the East, Tambunan



I came from a rural area, which located 81km away from Kota kinabalu, a district called Tambunan.
No, It is not as famous as Kota Kinabalu,Tawau,or Sandakan, not even Ranau.
But still, you will miss this place when you live abroad.
Why?


Weather.
Have you read the title? If yes then, now you probably have a little idea on why I love this place in the first time. You might have to bring lather jacket along with you if you wish to spend your night in Tambunan as it can be very cold, especially at night. I sometimes have to wear socks so I can sleep well at night.


Culture.

Tambunan also rich with its own traditional customs and culture. Most of the people here are dominated by Dusun ethnic. You probably hear their mother tongue language a bit similar to Kadazan Penampang. Well, they are. I will share about Tambunan culture more specifically in my next post.


Scenery.
There are so many magnificent views that you can see in Tambunan; Waterfalls, green paddy fields, rivers, etc.)


Some of the interesting places that you can go to in Tambunan:
1. Mahua waterfall (Read more)
2. Rafflesia information Centre (Read more)
3. TVRC ( Tambunan Village Resort Centre)
4. Mat Salleh memorial (Read more)
5. Tambunan  golf club


A video about Tambunan on youtube, click here

To read more on Tambunan history click here.


This picture was taken at 8.ooam.
My house is surrounded by paddy field and yes, you can hear the tranquil sounds of frog at night .


Paddy fields is a common view in Tambunan as most of the residents here works as a farmer.
So, just in case the rice prices is increasing,they have nothing to worry about as they have their own rice source.
The only thing they have to worry is the wild buffaloes that will eat the young paddy.


This pictures was taken from  low hill ( Bukit Matingi). It took us aroud 15 minutes to reach the peak. 

What about you, friends?

Maybe you can share about your lovely hometown too.


"Life is an adventure, take ride" - Anonymous


Greetings

Hello and welcome to all bloggers! Thank you for spending your time reading through my blog even though I did not updated it often. Kindly leave your comments or criticism on any of my posts and hopefully I can visit your page as well. I created this blog since 2012 but only a few posts I managed to share since I am very busy, struggling for 3 years in campus. To be honest, I am not a person that really into posting or sharing status. However, recently I gave it a deep thought as there are so many things that I have been through until now (I am 23 years old). Pardon me for writing in English, It's like my Bahasa is not very good for now. I promise to change my language for the next posts.

Enjoy!

Love,

Amelia