18-26/01/2013
Semasa tahun kedua pengajian, kawan baik sekelas telah menjemput saya ke kenduri kahwin kakaknya di Semenanjung.
Wahh!!
Wahhh!!
Wahhhhh!!
Begitulah perasaannya time tu.Semuanya terasa amat seronok dengan suasana dan pengalaman baru. Terlalu gembira sampai macam tak percaya dah menjejakkan kaki ke Semenanjung. Sampai begitu sekali?!
Wahh!!
Wahhh!!
Wahhhhh!!
Begitulah perasaannya time tu.Semuanya terasa amat seronok dengan suasana dan pengalaman baru. Terlalu gembira sampai macam tak percaya dah menjejakkan kaki ke Semenanjung. Sampai begitu sekali?!
Okay, dipendekkan cerita, saya tinggal di rumah opah kawan di Bandar Sri Sendayan, Negeri sembilan. Meskipun keluarga kawan saya tu sangat mesra, namun perasaan janggal tu ada juga. Maklumlah belum biasa. Macam time nak masak tu...nak tolong ke tak... tak tolong nanti dikata malas, nak tolong tapi tak tau nak buat apa...serba tak kena.
Tempoyak.
Haa.. bila cakap pasal makan ni, teringat pula tempoyak di sana.. Kawan yang tinggal Semenanjung mesti tak asing lagi perkataan ni. Kawan-kawan yang belum tau tempoyak ni apa, tempoyak ni isi durian yang diperam. Sedaaaap sangat. Campur dengan bilis dan lada yang telah ditumbuk separuh lumat. Aduh. Memang sesuai menjadi makanan pembuka selera. Tempoyak dimakan bersama ulam-ulaman. Yang berminat untuk mencuba boleh buka link ni. Kakak Norlie ni akan ajar camna nak buat tempoyak.Wajibbbb try!!
Ini adalah kisah yang terjadi pada jam 10am (19/01/13)
Pengantin lelaki (dari Kuantan, Pahang) telah tiba. Sepatutnya majlis akad nikah belangsung jam 10am tapi imam belum sampai-sampai lagi. Hmmm....mana pulak pak imam pegi nii..
Ayah pengantin dah berjalan ke hulu ke hilir, gudah gulana hatinya. Sekejap ada, sekejap tiada. Amboiii.. macam chips more.
Sekali beliau datang "Maaf ya semua. ada salah faham di sini. Pak imam ingatkan jam 10pm akad nikah, rupanya kenduri lain."
Amboi2 pak imam. jam 10pm akad nikah? Orang dah nak tidur time tu tau.
'Aku terima nikahnya' |
Tiba2 staff katering di situ menghampiri saya sambil bertanya,
"kak, kak orang sabah ke?'
"ya"
"umur berapa?"
"21"
"nama?"
uikkk... laju ja kaki ni melangkah meninggalkan diorang. Minta maaf lah ye, hati terguris tau kena panggil kakak. hahaha ~~~
Selepas 2 kawan saya pulang ke Perak, tinggalah diri ini di Seremban. Kawan tu sebenarnya dari Penang, tapi oleh kerna rumahnya rumah flat jadi agak susah hendak membuat kenduri. Yalah,mana nak letak kem bagai kan??
Gilaa~rupanya saya jadi pendiam di sini.
Sebab....saya tak tau nak cakap loghat sini. aduhh...hai. Tapi takpa, tak dapat cakap, angguk geleng pun jadilah ye. hmm...
Then, part bestny bila famili kawan saya ni bawak jenjalan kat SEREMBAN2.
Yeayyy!!
At least tidak berkurung dalam rumah saja.
Then, part bestny bila famili kawan saya ni bawak jenjalan kat SEREMBAN2.
Yeayyy!!
At least tidak berkurung dalam rumah saja.
Tangki air pun digambar |
26-27/01/13
Kuantan, Pahang (Peta)
kad undangan perkahwinan |
Kak long kawan saya ni sebenarnya tengah sarat mengandung anak pertama.. 9 bulan lebih. Haaa... yg kahwin tu kak ngah. Dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki ke Kuantan jam 3pm, kitaorg naik keta lain, kak long keta lain. Kak ngah ngan pengantin lelaki pula kat depan... pastu boleh pula salah jalan.
Hahahahaa..
Tapi rupanya salah jalan tu ada maksud lain....
Hahahahaa..
Tapi rupanya salah jalan tu ada maksud lain....
Kak long dah rasa nak bersalin kat toilet.
Panggil ambulan mari.
Nurse pulak marah " Dah cukup bulan, tak payah lah nak jalan jauh".
Hantar di hospital putrajaya.
Lebih kurang jam 6.30 terdengar lah suara bayi. PEREMPUAN..syukur. Selamat dilahiran.
Then, kitaorang teruskan perjalanan ke kuantan. Kesian kak long, tak dapat pergi sama.
29/ 01/ 2013 BALIK KK
until next time! |
Every woman deserves a man who loves and respects her,
and every man deserves a woman who appreciates his efforts.
-Pamela Mosley David-
No comments:
Post a Comment