apa khabar semua kawan-kawan?
Hari Isnin ni (13-04-2015) biasalah tu, hari pertama sekolah/kerja, rasa macam tidak mau pigi (pergi) saja kan. Apa pun, kita kena bersemangat juga teruskan kerja harian. Kalau tidak kerja, macam mana mau dapat duit kan? Kalau anak menteri, lain cerita lah. Lagi-lagi harga barangan sekarang meningkat, gaji menteri juga meningkat. Huaaa....
Tidak apa lah kan, janji kerja yang kita buat tu halal. Bersyukurlah nak.
Ruangan kali ini, AL mau kongsikan macam mana tu mau pigi Tambunan dari (KK) Kota Kinabalu. Naik kapal terbang? Naik kapal selam? bot? basikal? uik.
Untuk pengetahuan kawan-kawan, cuma ada EMPAT sahaja Lapangan Terbang di Sabah sehingga hari ini.
- Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI)
- Lapangan terbang Lahad Datu (LD)
- Lapangan terbang Sandakan (SDK)
- Lapangan terbang Tawau (TWU)
So, kembali kepada macam mana kita mau pigi Tambunan dari KK, lokasi pengangkutan adalah terletak di Terminal Bandaran. Terminal ini terletak berhampiran dengan Padang Merdeka. Terminal ini menyediakan pengangkutan khasnya ke kawasan pedalaman dan kawasan pantai barat Sabah seperti- Tenom, Keningau,Ranau,Papar, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Keningau etc.
Toyota unser 4WD
-Kapasiti 7 orang
-Tambang RM 18*
-Masa bertolak (pagi;7.00am-petang; jam 5.30pm)**
Teksi
-Kapasiti 4 orang
-Tambang RM 20*
-Masa bertolak (pagi;7.00am-petang; jam 5.30pm)**
Van
-Kapasiti 10 orang
-Tambang Rm 18*
-Masa betolak- tidak tetap. Kadangkala tiada van.
*Tambang tertakluk kepada peningkatan harga minyak.
** Masa tertakluk kepada permintaan penumpang/ cuti
HATI-HATI! Pastikan kenderaan yang kamu naiki mempunyai label khidmat pengangkutan pada kenderaan tersebut.
Kepada para penumpang, untuk keselataman sila ambil No. Flat kenderaan, No telefon pemandu (biasanya ada dilekatkan dalam/luar kenderaan) dan hantarkan text kepada rakan/ keluarga anda. In case kamu diculik (& yang sama waktu dengannya), kamu tahu kamu ada seseorang untuk membantu anda.
Thank you atas kesudian membaca post ini, harap dapat membantu.
Selamat malam!
No comments:
Post a Comment